Tuesday, October 27, 2009

12.30 TGH MALAM MASUK IKAN



ASSALAMUALAIKUM... dekat 3 jam dok menuggu ikan untuk dilepaskan kedalam kolam...pada mulanya dijangkakan dalam pukul 6.30 petang ikan akan diturunkan...air pump tong ikan atas lori pulak yang rosak...jagi terpaksa menuggu toke ikan 2 sampai pkul 12 tgh malam baru sampai...dah la tinggal kami 3 orang ja yang nak turunkan ikan.....letih woi...ingat nak ambik gambar semua ikan 2...tak sempat pun semua terpaksa buat kerja...


ha lori ikan dah sampai pun...tepat jam 12.15 tgh mlm....macam mana nak turun ikan ni...hujan pulak 2 ...dah la tinggal kami 3 orang ja....



ni dia macha yang nak timbang ikan-ikan 2....berpayung dia takut kat hujan....


yang ni macha yang nak sauk ikan dari dalam tangki atas lori...nampak steady aje....dah lama keja angkat ikan ni setakat satu tan x jadi masalah...






tengah dok kalut2 masuk ikan aku sempat la juga posing ngan sekor rohu..




boleh tahan jugak saiz rohu ni....nasib la ada member aku ni Ejan (JPJ) ..nasib baik time 2 dia cuti...kola x makan bubur aku nak masuk ikan sorang.




Add Image



sempat jugak mamat JPJ ni posing ngan ikan rohu....sejuk woi pukul 1 pagi 2 dalam kolam...




ni la saiz purata bagi ikan tongsan....boleh tahan jugak menarik nanti....tapi teknik rembat kita tak benarkan untuk kolam ni....



ejan posing ngan tongsanya,....minta maaf pada saudara Ceapat (Paktam) cos gambarnya x sempat nak ambik semasa mengangkat ikan ni...maklumlah dia la tukang angkat ikan dari lori bawa ke kolam....







Tuesday, October 20, 2009

Sekilas Pandang SERAdRelax

Inilah view yang pertama setelah kolam ini hampir 90% siap dan kemungkinan akan beroperasi tak lama lagi.....
Wakaf yang disedikan menggunakan kayu hutan dan beratap rumbia mendatangkan suasa yang nyaman kepada kaki pancing....(sekali tengok macam kedai tomyam siam)


Kesemua wakaf yang disediakan sebanyak sembilan buah......diharapkan memadai bagi kaki pancing....









Kolam ini juga dilengkapi dengan mesin pengudaraan yang menggunakan 4 buah kipas.......

ini untuk menjamin kesihatan dan kecergasan ikan pada setiap masa....walaupun begitu...rawatan terhadap air kolam akan dibuat dari masa-kesemasa...

Disamping menyediakan wakaf....dRelax juga menyediakan kerusi bebas untuk kemudahan pemancing....

lampu pendaflour akan dipasang bagi setiap wakaf dan kemungkinan dihiasi lampu bewarna untuk menambahkan keindahan kolam pada waktu malam....

Sekilas Pandang SERAdRelax


Sekilas pandang adalah view kolam SERAdRelax...disini daa menyediakan sebuah stor untuk solat dan sebuah warung yang menjual air dan makanan ringan dan berat ...bergantung kepada pemilik warung itu (En Hamid)...

Kolam ini menyediakan sembilan wakaf untuk kemudahan pemancing berehat sambil memancing...menggunakan atap rumbia sudah semestinya mendinginkan....

Aku la yang mengusahakan Kolam Mancing SERAdRelax ni ....moga-moga rezeki anak pertama aku membawa tuah la dekat aku..nama anak aku ni Izz Saafia baru setahun dua bulan...aku keja kat ipoh... cikgu kat SBP orang umah akupun cikgu jugak kat Simpang Pulai.....

Kerana minat aku dalam bidang ni yang menarik minat aku untuk mengusahakan kolam ni....apa-apa perkembangan tentang pakej ke pertandingan atau jackpot (halal) aku akan umumkan nanti kat tapak kolam dan kat blog ni la...jadual kemasukkan ikan aku akan tampal kat kolam..2 minggu sekali masuk..



Pada mulanya isteri aku tak berapa setuju dengan niat aku nak buka kolam mancing ini.....tapi lama aku expalin kat dia baru la dia setuju... bukannya apa sebab kosnya tinggi lagi pulak kami kerja kat ipoh...sapa yang nak uruskannya....gitulah citanya...

kalo nak dikira risikonya memangla tinggi sebab harga ikan hidup sekarang mahal...tapi tak pa kalo dengan pengurusan yang baik dengan tawaran yang baik aku betul2 yakin akan berjaya....

SETULUS INGATAN


Assalamualaikum......setulus ingatan dan sekalong penghargaan kepada isteri dan keluargaku yang memberi sokongan dan semangat sehingga aku berjaya juga untuk memulakan satu langkah dalam bidang pertanian ini...
semoga setiap rintangan dapat aku atasi dengan iringan doa kejayaan daripada mereka terutama sekali daripada ibuku....

Tuesday, October 13, 2009

Assalamulaikum....sudah lama saya tak update blog ni..x da masa yang terluang....
Kolam Pancing Sera "dRelax " sepatutnya DIBUKA 16 Oktober.tapi apakan daya x sempat juga disebabkan oleh beberapa masalah teknikal... yang pastinya secara rasmi kolam ini akan dibuka dalam masa terdekat..insyaALLAH 30 Oktober ini...tapi kalo sempat kolam ini akan beroperasi lebih awal lagi....pada sesi pertama ini ikan yang akan dimasukkan adalah patin, rohu pari dan tongsan....kalo x da masalah teknikal kolam ini akan didiami oleh patin mekong (plabuk) untuk sesi kedua....nantikan kehadiran patin mekong dan rasai daya tarikannya..
Macam biasa pakej yang ditawarkan 3 jam RM20.. da terdapat beberapa pakej lain yang menarik....tarikh permulaan jackpot akandiumumkan di kolam....cash Rm50 jika dapat naikkan pari dan pari akan delepaskan semula kedalam kolam...pertandingan akan diatur kemudia...ikan akan dimasukkan dua minggu sekali...jadual kemasukkan ikan akan dipaparkan kemudian dan dipamerkan di kolam....... SESI PERTAMA PARI MASIH BLUM ADA STOK...keli bersaiz 7 kilo keatas jugak dimasukkan secara sampingan.......
EXTREME FISHING © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute