Monday, October 20, 2008

IKAN KELAH (mahseer)






Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh
Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.


Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India from WIKIPEDIA
EXTREME FISHING © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute